Jumat, 24 Agustus 2012

Jasa Raharja Cabang Riau serahkan Sarana Majalah Dinding

                                                       

Pekanbaru, 23 Juni 2009
Dalam rangka sosialisasi visi dan misi perusahaan kepada masyarakat khususnya di kalangan pelajar, hari ini selasa (23/06) Kepala Jasa Raharja Cabang Riau, H. Lukman Hakim, SE, MM yang diwakili oleh Kabag Administrasi, H. Khairil, SE telah menyerahkan sarana majalah dinding (mading) di Sekolah Menengah Atas (SMA) atau yang sederajat di wilayah Bangkinang Kabupaten Kampar Provinsi Riau sebanyak 3 mading. Tiga sekolahan yang menerima adalah : 1. Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) YPLP PGRI Bangkinang, 2. SMA. N. I Bangkinang Seberang, 3. MAN Kampar Tanjung Rambutan.
Tampak pada gambar saat Kabag Administrasi sedang menyerahkan mading di SMK PGRI diterima langsung Wakil Kepala Sekolah  Zapril,  S.Pd dan disaksikan oleh semua Guru dan Murid.
Setelah penyerahan dan pemasangan mading, Kabag Adm. didampingi Kasubag Humas memberikan sosialisasi  dan tanya jawab seputar Jasa Raharja kepada semua Bapak dan Ibu Guru di ruang rapat.         
Ketiga sekolah yang telah menerima sarana tersebut melalui Kepala Sekolah masing-masing mengatakan sangat berterima kasih sekali atas bantuan yang telah diberikan oleh Jasa Raharja lewat program pengadaan sarana majalah dinding (mading) ini benar-benar bermanfaat sekali sehingga dapat menambah kelancaran pendidikan dan aktifitas siswa.

Selasa, 21 Agustus 2012

Asal usul Suku Kampar di malaysia, dan Pekan Kampar di Perak.

oleh SAGOTRAVEL pada 16 April 2010 pukul 14:55 ·
Orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:

i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)

Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:

i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu

Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.

Pada awalnya Orang Kampar datang ke malaysia / Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia : kampar, perak

Kalau kita lihat nama pekan Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarahwan kita bahawa nama pekan ini adalah diambil sempena nama Kampar yang ada di Sumatera, Indonesia.

Wujudnya perkaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.

Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali dating ke sini ialah pada 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi.

sekarang ini ciri-ciri tradisional masyarakat kampar di sini agak sukar ditemui lagi disebabkan arus pemodenan apatah lagi majoriti masyarakat di sini kini dari keturunan tionghua terutamanya di kawasan bandar. http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=765804 tetapi masih boleh juga ditemui ciri-ciri tradisional kampar (walaupun amat sedikit) sekiranya melalui kwsn kampung2 di sekitar daerah kampar, perak.


Sumber:Dipetik dari http://bridgebuilder.myfreeforum.org...t__t_1699.html dan http://www.mail-archive.com/sahabati.../msg10191.html